Bekas kawasan perlombongan bijih timah yang kini menjadi tapak rekreasi dengan nilai geologi tinggi.
Tasik Chin Chin merupakan geotapak antropogenik yang merupakan bekas kawasan perlombongan bijih timah yang kini telah berubah menjadi tapak rekreasi. Geotapak ini juga mempunyai nilai geologi yang tinggi kerana ia mempamerkan hubungan antara batuan asal kepada proses luluhawa yang akhirnya menhgasilkan batuan dan tanah laterit.