Geotapak tor granit dengan gua granit dan penemuan unik bonjolan oksida besi menyerupai stalaktit.
Bukit Batu Lebah merupakan geotapak tor granit yang mempamerkan morfologi batuan hasil proses luluhawa dan hakisan terhadap pluton granit. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian ciri geologi yang dikawal oleh struktur kekar seperti tor granit, corestone, wall tor, gua granit. Penemuan unik di Bukit Batu Lebah ini dapat dilihat daripada penemuan bonjolan oksida besi yang menyerupai stalaktit di bumbung gua. Fenomena ini jarang dilaporkan di dalam gua granit Malaysia dan Asia Tenggara. Batuan-batuan di kawasan ini juga mempunyai penamaan tradisional yang unik daripada komuniti setempat.