Aspiring Melaka Geopark, menyasarkan pengiktirafan sebagai Geopark Kebangsaan ke-12.
Aspiring Melaka Geopark dibangunkan sebagai satu inisiatif untuk memelihara dan mempromosikan warisan geologi, biodiversiti, warisan arkeologi serta warisan budaya Negeri Melaka. Melalui pendekatan geopelancongan yang bersepadu, inisiatif ini bertujuan mewujudkan peluang ekonomi yang mampan di samping melindungi khazanah semula jadi dan warisan negeri untuk generasi akan datang.
Pembangunan Aspiring Melaka Geopark berpandukan Garis Panduan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) serta kriteria penilaian Geopark Kebangsaan bagi menyokong usaha Melaka ke arah pengiktirafan sebagai Geopark Kebangsaan.
Menyediakan Dokumen Permohonan Geopark Kebangsaan yang lengkap bagi Melaka.
Menjadikan Melaka sebagai Geopark Kebangsaan ke-12 Malaysia.
Mengenal pasti, menilai, mendokumentasikan dan mengurus tapak warisan geologi, biologi, arkeologi serta budaya melalui inventori geopark yang sistematik.
Secara keseluruhannya, kepelbagaian geologi di Melaka mempunyai nilai saintifik bertaraf antarabangsa kerana kedudukan tektoniknya yang unik dalam sejarah pembentukan Semenanjung Malaysia.
Bukti fasa perlanggaran terakhir antara Blok Sibumasu dan Blok Malaya Timur yang berlaku sekitar 220 hingga 200 juta tahun dahulu.
Bahagian paling selatan Zon Sutur Bentong–Raub, iaitu salah satu struktur geologi terpenting di Semenanjung Malaysia.
Kepelbagaian formasi geologi yang merekodkan evolusi tektonik Semenanjung Malaysia serta menyumbang kepada penyelidikan geosains di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Dapatkan peta rasmi Melaka Geopark untuk panduan lengkap lokasi geotapak, tarikan pelancongan, laluan utama serta kemudahan awam bagi memudahkan perancangan lawatan anda.
📄 Muat Turun