Landskap pantai berpasir dengan struktur batuan berbentuk gua, tumpuan pengunjung untuk bergambar.
Tanjung Tuan merupakan landskap pantai berpasir dan mempunyai struktur batuan yang seakan bentuk gua yang menjadi kawasan tumpuan pengunjung bagi aktiviti bergambar. Kawasan ini mempunyai pelbagai struktur seperti telerang kuarza, telerang aplit, telerang pegmatit serta litologi batuan granit biotit bersaiz butiran sederhana hingga kasar di sekitar pantai ini. Kawasan ini turut mempamerkan kepelbagaian nilai warisan yang tinggi seperti nilai saintifik, estetik, rekreasi dan budaya.
Geologi kawasan didominasi oleh korok kuarza yang dikelaskan berumur Trias (251–250 juta tahun) berarah Barat Laut – Tenggara yang telah memotong batuan metamorf yang lebih tua.
Korok kuarza sepanjang 1.4 kilometer dan selebar 150–250 meter ini membentuk sebuah permatang dan bertindak sebagai penahan ombak dari arah belah hakisan pantai, serta menjadi dasar yang baik untuk mendirikan rumah api tersebut.
Terdapat keunikan lain seperti geod kristal kuarza, batuan dolerit (sukar ditemui di Pantai Barat Semenanjung) dan fitur geomorfologi hakisan ombak yang hampir lengkap, yang terbentuk hasil gabungan proses laut, batu tunggul hingga tunggul sisa.