Batuan laterit terbahagi kepada tiga zon, dengan kawasan pokok bakau dan aktiviti memancing yang popular.
Laterit Pulau Upeh ini terdiri daripada batuan laterit yang boleh dibahagikan kepada tiga zon iaitu zon batuan laterit, zon kelikir laterit dan zon pasir cengkerang. Batuan laterit ini merupakan asalan batuan syis yang terluluhawa dan kaya dengan oksida besi. Selain batuan laterit, kawasan ini juga mempunyai tanah laterit yang sangat tebal dan ekstensif. Laterit Pulau Upeh ini juga mempunyai kawasan pokok paya bakau di persisiran pantai dan kawasan pulau ini juga terkenal dengan aktiviti memancing.