Landskap pantai berpasir dengan struktur batuan berbentuk gua, tumpuan pengunjung untuk bergambar.
Tanjung Tuan merupakan landskap pantai berpasir dan mempunyai struktur batuan yang seakan bentuk gua yang menjadi kawasan tumpuan pengunjung bagi aktiviti bergambar. Kawasan ini mempunyai pelbagai struktur seperti telerang kuarza, telerang aplit, telerang pegmatit serta litologi batuan granit biotit bersaiz butiran sederhana hingga kasar di sekitar pantai ini. Kawasan ini turut mempamerkan kepelbagaian nilai warisan yang tinggi seperti nilai saintifik, estetik, rekreasi dan budaya.