Batuan laterit terbahagi kepada tiga zon, dengan kawasan pokok bakau dan aktiviti memancing yang popular.
Laterit Pulau Upeh ini terdiri daripada batuan laterit yang boleh dibahagikan kepada tiga zon iaitu zon batuan laterit, zon kelikir laterit dan zon pasir cengkerang. Batuan laterit ini merupakan asalan batuan syis yang terluluhawa dan kaya dengan oksida besi. Selain batuan laterit, kawasan ini juga mempunyai tanah laterit yang sangat tebal dan ekstensif. Laterit Pulau Upeh ini juga mempunyai kawasan pokok paya bakau di persisiran pantai dan kawasan pulau ini juga terkenal dengan aktiviti memancing.
Terdapat beberapa penemuan sejarah di sekitar Pulau Upeh berupa blok-blok batuan yang mempunyai kesan potongan buatan manusia dan bukan terbentuk secara semula jadi. Penemuan blok yang dikenali sebagai “man-made cut rock” ini banyak ditemui di kawasan pesisir pantai Pulau Upeh dan boleh dilihat dengan lebih jelas ketika air laut surut sepenuhnya. Penemuan ini memberikan gambaran tentang sejarah serta perubahan landskap dan batuan di Pulau Upeh.
Batuan syis asalan laterit ini berusia Ordovisi-Silur, iaitu antara 488 hingga 416 juta tahun. Laterit terbentuk apabila batuan syis itu terluluhawa, kemudian mengeras semula melalui proses larut resap ferum. Pada zaman penjajahan Portugis, pulau ini menjadi kuari laterit, dan blok-blok potongan buatan manusia yang masih kelihatan di pesisirnya hari ini merupakan tinggalan aktiviti tersebut.