Pulau di penghujung Jasad Granit Banjaran Utama, dengan tombolo yang menghubungkan pulau utama dan pulau kecil.
Pulau Undan merupakan sebuah pulau bukti penghujung Jasad Granit Banjaran Utama yang kaya dengan taburan tor granit. Batuan granit di kawasan ini merupakan batuan granit di bawah formasi Granit Banjaran Utama yang terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk. Pulau ini juga mempunyai tombolo yang indah yang menghubungkan pulau utama dengan pulau kecil. Kawasan ini juga mempunyai pelbagai bukti intrusi magma seperti rejahan telerang kuarza, telerang aplit dan kehadiran xenolit pada bongkah batuan granit.