Kepelbagaian Rupabumi

Granit Batang Melaka Bukit Gapis

📍 Jasin

Landskap dalam Hutan Simpan Kekal, terbentuk daripada batuan granit berusia 200-240 juta tahun.

Bukit Gapis merupakan geotapak landskap di bawah Hutan Simpan Kekal Batang Melaka, Jasin yang terbentuk daripada batuan granit berusia Trias sekitar 200-240 juta tahun dan mewakili sebahagian daripada Jalur Granit Barat Semenanjung Malaysia. Kawasan ini kaya dengan kepelbagaian ciri geologi yang unik seperti luluhawa sferiod, tor granit, gua tafoni, kekar konjugat serta pembentukan jeram bertingkat yang dikawal oleh sistem kekar (Jeram Tok Janggut ). Bukit Gapis ini juga tinggi dengan nilai biologi dan budayanya seperti kehadiran pokok Jelawai berbanir besar, tongkat Ali, damar dan spesis serangga seperti glow worm dan ulat gonggok.

Klasifikasi Geologi

Jenis Batuan
Igneous Rock
Ciri Fizikal
Batuan, Landskap

Aktiviti

hiking wildlife photography

Tapak Geo Berkaitan

RAKAN KONGSI KAMI
Visit Melaka Mana Lagi Melaka Ler Tourism Melaka Tourism Malaysia