PORTAL RASMI ASPIRING MELAKA GEOPARK DISELIA OLEH KERAJAAN NEGERI MELAKA
CARI DI MELAKA GEOPARK
Cadangan: cuba cari nama tapak geo atau lokasi (contoh: "Tanjung Bidara", "Jasin").
EKOPELANCONGAN

Taman Laut Negeri Melaka

📍 Perairan Melaka

Taman laut terpelihara di perairan Melaka, meliputi kawasan sekitar Pulau Dodol, Pulau Undan dan Pulau Nangka. Air jernih dan terumbu karang yang luas menjadikannya tapak utama negeri untuk snorkeling dan selam skuba. Ketiga-tiga pulau ini merupakan geotapak Melaka Geopark.

Pulau-Pulau

Pulau Undan
11.73 ekar
  • Pulau paling jauh
  • Rumah api berfungsi sebagai menara kawalan kepada kapal
  • Dinamakan sempena burung undan
  • Air jernih dan banyak terumbu karang
  • Destinasi terbaik untuk selam skuba dan snorkeling
Pulau Nangka
26.60 ekar
  • Dikenali juga sebagai Pulau Sembilan
  • 4.7 km dari Pulau Besar
  • Telah wujud sejak abad ke-15
  • Tumpuan nelayan untuk berehat dan mendapatkan bekalan air bersih
  • Dinamakan kerana bentuk muka buminya seperti buah nangka
Pulau Dodol
15.59 ekar
  • Terletak di daerah Melaka Tengah
  • Pulau yang tidak berpenghuni
  • Tempat persinggahan nelayan berteduh daripada cuaca buruk
  • Dinamakan sempena kuih tradisional dodol
  • Banyak spesies terumbu karang di sekitar pulau
Maklumat Pelawat

Muat Turun Peta Rasmi
Melaka Geopark

Dapatkan peta rasmi Melaka Geopark untuk panduan lengkap lokasi geotapak, tarikan pelancongan, laluan utama serta kemudahan awam bagi memudahkan perancangan lawatan anda.

📄 Muat Turun
Lagu Rasmi